TOPIK 2 : PRINSIP TIRAI PERBADANAN
2.1 Pengecualian Satutori –AS 1965
a. Seksyen 36 – Larangan menjalankan perniagaan dengan ahli kurang dari minimum berkanun
b. Seksyen 121 (2) (c) – Mana-mana pegawai yang didapati menandatangani apa-apa dokumen dengan nama syarikat yang tidak sempurna atau memberi keizinan terhadap tindakan tersebut, akan bertanggungan ke atas sebarang kesilapan yang berlaku
c. Seksyen 303 (3) dibaca bersama-sama seksyen 304 (2) – Jika seorang pegawai berhutang bagi pihak syarikat tetapi dalam masa yang sama pegawai berkenaan percaya syarikat tidak mampu bayar hutang tersebut, pegawai tersebut akan bertanggungan secara peribadi
d. Seksyen 304 (1) – Jika syarikat menjalankan perniagaan untuk menipu pemiutang atau apa saja bentuk penipuan , mahkamah boleh keluarkan perintah supaya pihak terlibat dalam penipuan bertanggungan ke atas hutang
e. Seksyen 365 (2) (b) – Jika pengarah atau pengurus syarikat membayar atau mebenarkan pembayaran dividen bukan daripada keuntungan syarikat, maka mereka boleh bertanggungan secara peribadi ke atas bayaran dividen berkenaan
2.2 Pengecualian Kehakiman
a. Apabila syarikat digunakan untuk mengelakkan tanggungjawab atau melakukan penipuan
Kes : Gilford Motor Co. lwn Horne (1933)
Kes : Re Darby (1911) 1KB 95
Kes : Jones lwn Lipman (1962)
b. Apabila syarikat dijadikan ejen atau ‘alter ego’ kepada ahli-ahlinya
Kes : Aspatra Sdn Bhd lwn Bank Bumiputra Malaysia Bhd (1988)
c. Apabila syarikat dijadikan topeng bagi melindungi fakta sebenar
Kes : Re FG (Films) Ltd (1953)
d. Apabila mahkamah menggunakan dasar ekuiti dan analogi
Kes : Orri lwn Mounderas (1981)
e. Apabila melibatkan kumpulan syarikat
Kes : Hotel Jaya Puri Bhd lwn National Union of Hotel, Bar & Restaurant Workers (1980)