BAB 1:PENGENALAN AUDIT
Apakah tujuan audit?
Tujuan sesuatu audit dilaksanakan terhadap penyata kewangan yang dirangka mengikut dasar-dasar perakaunan yang diiktiraf adalah untuk membolehkan seseorang juruaudit melahirkan pendapat samada penyata kewangan itu :
i) Memberikan gambaran yang benar dan saksama tentang kedudukan kewangan entiti yang berkenaan pada hujung tahun kewangan
ii) Disediakan mengikut kehendak undang-undang – Akta Syarikat 1965