Archive | Keusahawanan RSS feed for this section

USAHAWAN VS PENIAGA

7 Jan

Semua orang boleh jadi peniaga, tapi tak semua orang boleh jadi usahawan. Mengapa?

Usahawan sentiasa berfikiran jauh, berinovasi serta kreatif dalam apa jua perniagaan yang diceburi. Peniaga adalah seorang yang mementingkan keuntungan semata-mata.  

Benarkah perkara ini?

Baru-baru ini saya telah menghadiri satu seminar pembentangan kertas kerja. Penceramah itu telah memberikan contoh yang baik tentang perbezaan antara usahawan dan peniaga.

Sebatang pen telah diberikan kepada dua orang penjual. Iaitu penjual A dan penjual B. Penjual A telah meletakkan RM 5.00 bagi harga sebatang pen tersebut. Namun, bagi penjual B, dia telah meletakkan RM 30.00… Mengapa penjual B sanggup meletakkan harga yang lebih tinggi daripada penjual A? Tidak takutkah dia jika pen tersebut tidak dibeli oleh sesiapa kerana harganya yang lebih mahal?..Jawapannya tidak..Ini kerana penjual B telah meletakkan nilai tambah bagi pembelian tersebut. Penjual B telah menyediakan perkhidmatan mengukir nama di atas pen tersebut, dan nilai pen telah meningkat RM 20.00. Bahkan, sesiapa yang membeli pen tersebut akan mendapat kotak pen, maka nilai pen tersebut meningkat menjadi RM 25.00, ditambahkan pula perkhidmatan pembungkusan menggunakan kertas bungkus yang cantik, dan akhirnya pen tersebut boleh dijadikan hadiah oleh pembeli kepada sesiapa sahaja. Sebab itulah penjual B boleh menjual pen tersebut dengan nilai RM 30.00…Bukankah penjual B boleh dipanggil seorang usahawan kerana dia lebih kreatif dan berinovasi terhadap produk yang dijualnya?

KEUSAHAWANAN SEBAGAI KERJAYA

6 Jan

Malam tadi berita TV3 masih memperkatakan tentang graduan pendidikan yang masih belum mendapat penempatan di mana-mana sekolah. Agaknya, apa yang mereka lakukan setelah menamatkan pengajian mereka tidak lama dulu ye. Tak terfikirkah mereka untuk menceburi bidang keusahawanan buat sementara waktu..setidak-tidaknya ada juga duit poket yang masuk..Tapi, berapa ramai pula graduan kita yang berani mencuba, beranikah mereka membuka gerai menjual burger di depan rumah? Apa pula kata jiran-jiran..Ada ijazah tapi tak kan menjual burger pula..Kadangkala, kehidupan tak semudah yang kita sangka..Walaupun memiliki segulung ijazah, itu bukanlah tiket untuk kita mudah mendapat kerja. Bayangkanlah berapa ramai graduan yang menamatkan pengajian saban hari. Kalau kita masih dengan perasaan taku dan malu, kita tak kan ke mana..Apa salahnya mencuba dengan memilih keusahawanan sebagai kerjaya. Siapa tahu suatu hari nanti kita menjadi usahawan yang berjaya..Fikir-fikirlah….

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.